Terma & Syarat

Masa Daftar Masuk (Check-in) dan Daftar Keluar (Check-Out)

  1. Daftar masuk: 2 petang – 7 malam.
  2. Daftar keluar: sebelum atau pada 12 tengahari.

Terma & Syarat Umum

  1. Daftar masuk yang lewat iaitu selepas pukul 7 malam tidak akan dilayan kecuali telah memberitahu lebih awal kepada pihak Wasalfa.
  2. Jumlah maksimum tetamu bagi sesebuah rumah adalah 8 orang (berumur 7 tahun ke atas). Bayaran tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan bagi setiap penambahan tetamu.
  3. Bayaran tambahan sebanyak RM30 sejam akan dikenakan kepada tetamu yang lewat daftar keluar (overstay).
  4. Kunci perlu dipulangkan semasa daftar keluar.
  5. Tetamu dinasihatkan untuk menjaga dengan baik segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di premis Wasalfa. Sebarang kerosakan yang berlaku semasa tempoh penginapan akan dipertanggungjawabkan kepada tetamu.
  6. Memasak tidak dibenarkan di dalam rumah.
  7. Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa ke dalam premis Wasalfa.
  8. Makanan yang tidak halal, alkohol, dadah atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan.
  9. Sebarang kegiatan jenayah adalah amat dilarang.
  10. Wasalfa Resthouse mempunyai hak untuk meminda/mengubah sebarang terma dan syarat tanpa sebarang notis awal.

Polisi Pembatalan

  1. Tempahan masih belum confirm selagi pembayaran deposit tidak dibuat. Kami mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat (first come first served basis).
  2. Bayaran deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan dibuat kurang 2 minggu dari tarikh tempahan.